Aktiviti kokurikulum SMKCK Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Convent_Kajang

Sekolah Menengah Convent Kajang mempunyai pelbagai aktiviti untuk pelajar-pelajarnya daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Aktiviti-aktiviti ini mengisi masa lapang pelajar supaya tidak terjebak dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antara aktiviti-aktivitinya ialah:

Kelab

Antara kelab yang telah ditubuhkan ialah Kelab Sains dan Matematik, Kelab Koir, Kelab Agama Islam, Kelab Bahasa dan Kelab Media & Fotgrafi. Kelab-kelab ini menambah ilmu pelajar dan merupakan cara belajar yang sihat dan efektif.

Persatuan

Antara persatuan di sekolah ini ialah St. John’s Ambulance, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Puteri Islam (PPIM). Persatuan-persatuan ini sering mengadakan kem dan aktiviti untuk ahli-ahli mereka. Persatuan-persatuan yang terpilih juga menyertai pertandingan kawad kaki. Sekolah juga mengadakan kem integrasi untuk semua ahli persatuan.

Permainan

Permainan-permainan yang disediakan dapat mencerdaskan minda pelajar. Dengan cara ini, pelajar dapat merehatkan minda dan bermain dengan cara yang sihat. Permainan seperti badminton, bola tampar, ping pong, bola jaring dan bola keranjang diadakan.

Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti berpidato, berbahas, merentas desa, hari sukan dan sebagainya.

Rumah sukan di sekolah ini terdiri daripada Rumah Merah (Mawar), Kuning (Kenanga), Biru (Cempaka) dan Hijau (Seroja).